11 March 2011

cerita professor & pendayung sampan

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: 

Kau pandai menulis dan membaca?

Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.
Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.


Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?
Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.
Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.


Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “
Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
Err…errr, saya tidak tahu laaa. Jawab professor dalam keadaan panik.
Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan".



dapat dari blog --> anis suzana

0 orang lidi comment:

Post a Comment

saya suke bile kamo comment page saya