aku dah lupe kewujudan
blog ni. selepas kawan aku ila inform yang dia
baru je lepas baca blog aku. baru la aku terkedek2 cari semula blog
ni. Perkara pertama yang aku lihat adalah bila last entry aku buat.
fuuyooh.. April 2011. hahaha.. kiranya dah hampir setahu la blog aku ni
berkarat. nasib baik blog ni tak kena delete dengan provider. hihihi.
Sekarang ni, korang tahu ape yg bermain dlm fikiran
aku? mcm2 cerita aku nak tulis. itu la ini la. sampaikan aku tak tahu nak mula
yang mana dulu. hihi.
aku rasa untuk entry come back aku kali ni. aku nk
tulis tentang reason aku dh tak aktif tulis blog. Ok kita mulakan dengan alasan
paling tidak releven.
Tak dapat access internet
hahaha.. yela. kalau tak ada line internet mcm mana
nak update blog kan. hihi sbb tu la aku tak dpt update blog. tp alasan ni tak
boley pakai juga. sbb aku boley je lepak Old Town makan2 sambil2 tu guna wifi
dekat situ. adoi. tak terfikir pulak. bila jumpe wifi je sibuk ber'fesbuk'.
Sangat bz dengan online boutique
Ni la alasan kedua
kau. Perniagaan Yu Yu Kie makin
maju. sekarang ni aku dah ada FB kedua untuk jual baju2 ni. ni fb kedua
aku. WZ Kawaii. siapa yang
suka beli baju on9 boley la beli dengan wawa. harga lg murah dari seller lain.
dengan slogan kata baru sekrang ni
"jika harga mahal
beritahu kami, jika harga murah beritahu kawan"
Tahun akhir di UKM.
Ni mmg kompem alasan yang kukuh. Mcm biasa la,
setiap pelajar tahun akhir mana2 kos akan bz sebab nak naikkan pointer. tapi
dah last minute blaja mcm mana pun tak dpt naik tinggi. semua sebab tahun2
lepas abaikan pelajaran. aduhai. menyesal tak sudah.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga lepas Degree.
Lega sangat hati bila check result keluar "TAMAT dengan KEPUJIAN".
yippie.. hip hip horeay.