10 March 2011

atas dasar cinta??? cukup ke??

real love story !

Intan seorang remaja berusia 18tahun. Dia baru sahaja menamatkan zaman persekolahannya. Dia merupakan anak orang yang berharta. Dia telah mengenali si jejaka bernama Razif sejak dari tingkatan 5 lagi. Ibu bapa Intan menyuruh Intan melanjutkan pelajarannya ke menara gading.. Segala masalah,Intan akan bercerita dan meminta pendapat dari Razif.. Keputusan SPM Razfif tidak memberansangkan, jadi dia hanya menjalankan jualan langsung sebagai pekerjaannya. Intan tidak kesah tentang itu semua. Cinta itu buta! Intan berterus terang kepada Razif tentang hasratnya untuk melanjutkan pelajarannya.. Razif memarahi Intan..

"Kalau awak nak sambung belajar,awak pergi,,tapi kita breakOFF!".. 

Razif beralasan,nanti masing-masing akan hidup berjauhan.. Intan serba salah, disebabkan hati remaja yang terlalu melayan perasaan cinta, dia bersemuka dengan keluarganya menyatakan hasratnya untuk tidak melanjutkan pelajaran malah ingin berkahwin dengan Razif.. 

"Ala mama.. lepas kahwin pon boleyh sambung belajar lah.. Intan tak nak berpisah dengan Razif"-Intan

Ibu bapa Intan bertegas habis-habisan kerana Intan baru berusia 18tahun yang berhasrat untuk mendirikan rumahtangga dan lagikan calon yang dipilih Intan tidak mempunyai pekerjaan tetap...

Akibat sayangnya Razif, satu hari, Intan lari dari rumah untuk bersama-sama Razif.. Ibu bapanya mencari Intan sampai ke rumah Razif, malangnya Intan tiada... Razif telah menyembunyikan Intan di rumah sahabatnya.. Tanpa diduga, mereka berkahwin tanpa restu ibu bapa.. Ibu bapa Intan telah mendapat tahu hal sedemikian.. Mereka hampa dan kecewa kerana Intan merupakan satu-satunya anak mereka.. Setahun pertama perkahwinan,Razif dan Intan hidup bahagia kerana perkahwinan atas dasar cinta.. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Balqis.. Hari demi hari.. Razif mula merasa beban... Satu hari..... 

"Abang,,susu anak dah habis"-Intan..
"Kalau dah habis tu,pergilah beli,itu pon nak mengadu dengan saya!"-Razif.
"Abang,,Intan mana ada duet,dulu abang jugak kata abang nak tanggung semuanya"-Intan.
"Kau ni memang suka susahkan aku..Jualan aku makin merosot,mane aku ade duet,ko carilah sendiri"-Razif.
"Ok,fine,mulai sekarang Intan akan bekerja !"-Intan.

Intan bekerja semula, dia hanya bekerja di restoran makanan segera.Gaji yang diperoleh tidak begitu mencukupi.. segala perbelanjaan rumah ditanggungnya sendiri.. Sedangkan Razif?? Berfoya-foya dengan perempuan lain.. Tetapi Intan tidak mengetahui bahawa Razif sebenarnya menyimpan perempuan lain. Beberapa bulan kemudian.. Intan mengandung, dia berhenti kerja kerana alahan teruk yang dihadapinya..

" Abang,Intan dah berhenti kerja"-Intan.
"Kenapa kau berhenti?"-Razif...
"Intan mengandung bang"-Intan..
"Sape suroh kau mengandung lagi?Bagi beban dekat aku betullah!"-Razif.

Razif mula berang... memarahi Intan tanpa belas kasihan sedangkan akibat perbuatannya sendiri.. Ketika usia kehamilan Intan 8 bulan, Razif meninggalkan rumah.. Ketika hari Intan bersalin, Razif langung tidak menjenguk Intan.. Hanya kedua ibu bapa Intan yang berada di sampingnya.Anak kedua Intan tidak diazankan oleh ayahnya sendiri.. Intan menghabiskan pantangnya di rumah kedua ibu bapanya.Selepas habis pantang,Intan pulang semula ke rumahnya.. Intan mula berfikir.. kenapa hidupnya jadi sebegini, sedangkan insan yang dikahwininya adalh atas dasar cinta, bukan paksaan.. Intan selalu menceritakan masalhnya kepada sahabatnya, Ina,yang mana merupakan sahabat kepada Razif juga. Ina kesian melihat keadaan Intan, sehingga dia memberitahu perangai sebenar Razif..

"Intan,aku kesian tengok ko ney,aku harap ko sabar ape yang aku nak bagitau ney..Sebenarnya Intan,Razif da ade perempuan lain"-Ina.

Intan terus menitiskan air matanya.. Betapa syg dan kasihkan dia kepada Razif, walaupon Razif melakukan macam2 terhadapnya.. Intan menjadi tidak keruan mengenang nasibnya.. Satu hari,Razif pulang ke rumah.. tujuannya hanyalah untuk mengambil pakaian dan barangannya yang lain.. Berlaku pertengkaran .... Razif menceraikan Intan.. Intan mengambil keputusan untuk pulang ke pangkuan ibu bapanya..
Setibanya di rumah ibu bapanya,Intan menangis memeluk ibunya..

"Mama, Papa.. Intan minta maaf..... Mama.. Intan nak sambung belajar balik ma! Intan menyesal !" -Intan.

Semarah mana pun hati si ibu, pasti sejuk dengan anaknya sendiri... Ibu Intan terus memeluk Intan. Ayah Intan turut menitiskan airmata mengenangkan nasib anak tunggalnya yang berakhir dengan penyiksaan. Mulai detik itu, Intan menetap di rumah kedua ibu bapanya.. Dia melanjutkan pelajarannya sehingga berjaya.. Razif semakin hari semakin tidak berubah.. bahkan dia bertukar-tukar perempuan..

*cuba bayangkan... ape perasaan jika kita di tempat Intan?? akibat sayang, hidupnye musnah... Ini adalah kisah benar,,bukan rekaan semata-mata.. 'pengalaman banyak mengajar kita erti sebenar kehidupan'

tetibe kan.... aku takot nak kahwin..haha... hurm.. means...  kalo nak kawin pun. make sure la kewangan kukuh stabil n ape semua.. cinta saja tak cukup.


sumber..... ✿ aina azizan ✿

2 orang lidi comment:

Anonymous said...

wah.. cinta zaman sekolah ialah cinta monyet. sebab cinta waktu tu blom kenal erti tanggungjawab. ble dh start tinggal dunia sekolah, baru lah manusia mula berubah. sme mcm razif tuh. lpas sekolah mula la jd jantan liar. ish2...

Anonymous said...

cinta monyet x ada pape yg menarik pn melainkan cinta yg memusnahkn kte..cinta sejati laa cinta yg betul2 kekal..bercinta la selepas berkahwin n cinta la seseorang e2 kerana hatinye..bkn parah rupa..n laburkan cinta e2 ke jln yang di redha ALLAH

Post a Comment

saya suke bile kamo comment page saya