10 March 2011

ape kah warna diri kamu??

Dibaca boleh...Dipercaya jangan
Dengan menghitung tarikh, bulan serta tahun kelahiran, kita boleh tahu warna yang sesuai dengan jatidiri kita. Untuk tahu warna kita, tuliskan tarikh lahir dan kira hingga menjadi angka satu digit. Jumlahkan sampai menghasilkan angka antara 1 dan 9.

contoh : jika anda lahir pada 12 Nov. 1970 : 1+2+1+1+1+9+7+0=22
Tambahkan 2+2=4
Nombor 4 bererti hijau. Hijau adalah warna peribadi anda.



1. WARNA MERAH
hah.....merah...WOW....vouge gitu... merah nyer mak ngah.. orang merah nie selalunyer penuh semangat kite tengok ape kata pakar.. 

Anda hidup untuk saat ini dan ingin mencuba segala sesuatu yang baru. Tetapi anda mempunyai jangkauan perhatian yang agak terhad. Anda suka ambil mudah dan berterus terang, ramai yang tidak setuju dengan kata2 anda. Walaupun mereka tidak suka dengan kata2 anda, paling tidak mereka akhirnya tahu dimana mereka harus meletakkan diri. Menahan emosi membuat hati anda mendidih. Anda lebih suka memimpin daripada mengikut perintah. Menjadi bos untuk diri sendiri mungkin merupakan pilihan terbaik.




2. WARNA OREN
Orang oren selalu bertindak dengan perasaannya dan cepat memahami perasaan orang lain, sifat semulajadi, suka jadi pendamai. Sesuai bertugas di bidang kaunseling, kerja sukarela dan menolong orang ramai. Sikap anda yang tenang membuat orang lain merasa senang berada dekat anda. Tetapi anda tidak tahu bila harus serius. Namun, warna oren boleh membuat orang lain merasa tidak dipedulikan dan sebahagian orang merasa susah berurusan dengan anda. Kelemahan anda, rasa percaya pada diri rendah. Ketika sedih makanan akan menjadi tongkat penyanggah anda. Anda akan makan banyak atau tidak makan sama sekali.


3. WARNA KUNING
Orang kuning perlu dekat dengan orang yang sependirian dengannya. Kalau tidak, mereka mudah menjadi bosan. Cara anda yang unik dalam bercanda membuat anda disukai, tetapi ada saatnya anda bercakapp kasar. Jika kata2 anda tidak mengungkapkan apa yang anda rasakan,maka perasaan anda akan tampak jelas dimuka anda. Buku adalah kesukaan anda. Anda adalah penulis berbakat jika anda seorang yang sabar. Bidang kewartawanan sesuai dengan bakat anda dan anda boleh membuat berita yang membosankan menjadi menarik. Sifat anda yg teliti membuatkan anda sesuai dalam tugas dibidang pemasaran, kewangan dan komputer. Anda mudah terkena insomnia kerana warna kuning menguasai otak kiri, membuat fikiran anda tetap aktif sampai tengah malam.


4. WARNA HIJAU
Hijau.... warna yang tenang.. damai... owh.. nyaman nyer. Kebebasan sangat penting bagi orang hijau. Anda senang ditemani tetapi perlu bersendirian. Jika merasa sedih, suka bertindak dulu dan akibatnya difikirkan kemudian. Anda suka pada masa dan perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran baru. Ini membuat orang menilai anda keras kepala. Anda lebih suka menetap dengan satu kerja, tidak suka berpindah-pindah. Jika anda membuka perusahaan sendiri, anda mempersiapkan masa depan dan tidak mahu ambil risiko. Jika keadaan perusahaan anda tenat, anda memilih diam. Akibatnya, sering merasa bahu, belakang rasa tegang. Anda berpegang teguh pada emosi dan harta benda. Kerana itu anda perlu membersihkan fikiran dan hati. Pekerjaan yang bagus untuk orang hijau adalah aromaterapi, berkebun dan kedai bunga.



5. WARNA BIRU
Orang biru pandai bercerita. Mempunyai imaginasi yang jelas dan sifat anda yang keibuan membuat kanak-kanak suka pada anda. Kesungguhan untuk menjaga kesihatan membuat anda boleh menjadi doktor, pengasuh dan perawat yang baik. Anda merasa harus berkomunikasi dengan siapa saja. Jika tidak, anda sering jadi batuk-batuk atau sakit kerongkong. Kebenaran dan kejujuran benar-benar penting untuk anda. Orang biru kehilangan seluruh kepercayaan terhadap orang yg mengkhianatinya. Anda keras kepala dan akan mempertahankan keyakinan sampai kiamat. Muzik merupakan kunci ketenangan, irama harus sesuai, kalau tidak ketenangan bertukar menjadi keletihan dan membosankan.



6. WARNA BIRU TUA
         Orang biru tua adalah orang yang penuh misteri. Tak ada seorang pun yang tahu siapa anda yang sebenarnya. Anda aktif dalam berbagai kegiatan atau tidak suka duduk diam. Anda selalu menghulurkan bantuan dan sokongan, anda merasa sulit untuk minta tolong dari orang yang pernah anda tolong. Anda mempunyai indera keenam yang baik. Anda membayangkan seseorang dan sesaat kemudian orang itu menelefon anda. Selalu bermimpi yang merupakan firasat. Sebagai orang yang optimis, anda boleh bergaul orang di mana saja, dalam apa jua situasi.




7. WARNA UNGU
         Sesuai menceburi bidang model, pereka fesyen, suka pada barang2 mahal di toko tanpa mempertimbangkan mutu dan harganya. Imaginasi yang kuat terus membangkitkan kreativiti anda dan kadang bercampur aduk antara kenyataan dan khayalan. Anda tertarik pada bisnes hiburan. Jika pekerjaan tidak memenuhi kreativiti anda, imaginasi liar anda akan mendesak anda sehingga anda merasa jemu dan bosan, termasuk teman dekat anda sekalipun. Orang ungu terkena sakit kepala, sendi tulang yang disebabkan kreativiti yang tertekan.



8. WARNA MAWAR
       Anda adalah suri rumah yang sempurna, mengubah bahan makanan yang paling remeh menjadi hidangan lazat, membuat tetamu tak mahu tinggal meja makan. Orang rose (mawar) sentiasa berpindah dari tempat kelahirannya. Meskipun dia datang kembali untuk kunjungan, dia tak akan tinggal di sana lagi. Jika anda tinggal di tempat kelahiran anda, anda tetap saja mempunyai ikatan dengan tempat lain. Anda percaya, setiap orang boleh saling bersahabat sampai pada tingkat tertentu saja. Anda lebih suka membiarkan orang kehadapan walaupun sebenarnya idea itu milik anda.Orang rose melihat potensi dalam diri setiap orang, berusaha membawanya ke arah yg betul. Pekerjaan yg ada berhubungan dengan orang, atau bidang pantadbiran, amat sesuai untuk anda. Anda juga boleh marah meledak seperti gunung berapi. Anda menahan tekanan pada bahagian bawah tubuh anda. Kerana itu, jika anda rasa stres, segera bersenam bersenam atau berolahraga dan lain2.

9. WARNA EMAS
            Orang emas sangat mudah didekati. Ketika anda masih kanak2, orang dewasa sering bercerita kepada anda yang orang asing menceritakan rahsia tertentu pada mereka. Anda tertarik dengan tugas mengajar, menggunakan pengalaman  peribadi sehingga pendekatan anda terasa unik. Anda mempunyai bakat yang luar biasa yang menarik perhatian setiap orang kecuali diri anda sendiri. Anda sulit menerima kegagalan dan menganggap perasaan tersinggung atau perasaan sentimental sebagai kelemahan. Jadi anda sulit menyatakan perasaan anda. Memendam perasaan mengakibatkan sakit flu dan selsema. Anda mengalami kesulitan dengan sistem imun anda.

ok.....jadi...ape warne korang???? hehe... owh yer.. benda nie.. boleh bace.untuk percaya tue jangan la..but untuk jadi panduan untuk mengenali diri sendri boley.



6 orang lidi comment:

Anonymous said...

kamu kaler apa?

♥Hidayah♥Novelis♥ said...

Saya berjaya mengira. Haha..:D
No.3 = Kuning..

"Orang kuning perlu dekat dengan orang yang sependirian dengannya. Kalau tidak, mereka mudah menjadi bosan. Cara anda yang unik dalam bercanda membuat anda disukai, tetapi ada saatnya anda bercakapp kasar. Jika kata2 anda tidak mengungkapkan apa yang anda rasakan,maka perasaan anda akan tampak jelas dimuka anda. Buku adalah kesukaan anda. Anda adalah penulis berbakat jika anda seorang yang sabar. Bidang kewartawanan sesuai dengan bakat anda dan anda boleh membuat berita yang membosankan menjadi menarik. Sifat anda yg teliti membuatkan anda sesuai dalam tugas dibidang pemasaran, kewangan dan komputer. Anda mudah terkena insomnia kerana warna kuning menguasai otak kiri, membuat fikiran anda tetap aktif sampai tengah malam."

Jump to conclusion, permainan sebigini saya percaya 80% Haha..:D Banyak gak yg betull.. thanks kak wawa~

(✿◠‿◠) said...

kamo.... owh..caye colour purple... hehe.. kamo??? cape kamo nie??

dayah... kuning... haha... kewartawanan... sangat sesuai gitu....

Anonymous said...

owh. purple. igtkan warna karet cake. hehehe

Gabriel said...

sya emas.. hehe.. btui xkiranya..

(✿◠‿◠) said...

emas???? woot..wooot...mahal nyer diri kamo..emas.. haha.. bape tarikh bufday? meyh check.

Post a Comment

saya suke bile kamo comment page saya