Sambil memegang wang RM100, dia bertanya.
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan
menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin.
Wang itu diramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya."
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga.
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat dan situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu,
kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah dan akan terjadi,
anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.
Jadi walau bagaimana kotor pun anda,
kita masih mempunyai nilai yang tersendiri.
Sayangilah diri anda, terus berusaha jika gagal
kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
9 orang lidi comment:
wahhh bagus bagus ! very good motivation ! hehe
alololo..kite kene menghargai diri kite woooo. :D
:))
yess. setuju sgt. sgt memotivasi diri ;)
yann try nih... :D
ala....die tak keluar muke icon kuning jugak kn. sedih nyer.
salam...
saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni.
bila tgk tagline blog ni (life just like a pill), teringat pula citer matrix masa mula2 neo nak pilih pil antara merah dan biru..ya, mmg..hidup berkaitan dgn pilihan.
yg pasal duit tu, agak motivational jugak :-)
anyway, kalo ada masa dtg la ke blog saya..
regards,
BLADE EDGE
good~
Post a Comment
saya suke bile kamo comment page saya